In this modern era, people or perhaps we, seems to worry about a lot of things - what to wear, what to play, what to do or even busy with our personal problems. Well, we simply cannot escape from this so called poison in our life. Are all these things big deal in our life??Actually, are you aware what is happening around you? Are you sure about it??? Haha!! Then, wanna know more... Here, I wrote them in BM essay form.
(Pls. dun think I show of... I hate that) My essay:
Pada era globalisasi tanpa limitasi ini, saban hari kita disogokkan dengan pelbagai isu – isu semasa pada dada – dada akhbar seperti kes Mat Rempit, penculikan, pembunuhan, penderaan, pembulian, pengugutan, dan dua isu yang paling popular setakat ini dalam negara kita iaitu kes perogolan dan isu politik. Adakah negara kita negara yang lazimnya diuar - uarkan sebagai negara harmoni ataupun, sekadar dipanggil harmoni sahaja kerana hendak menutup “kemaluan” diri sendiri dan negara? Tepuk dada tanya selera.
Sebagai seorang insan ciptaan Tuhan, kita bisa mempunyai mentaliti dan fizikal yang kuat dan lebih unik serta lain daripada sang binatang. Hal ini demikian kerana kita mempunyai akal fikiran yang hanya terdapat pada manusia, dan bukan pada binatang. Jika binatang juga mempunyai keunikan ini, maka kita sebagai manusia tidaklah dipanggil unik. Misalnya, kita klasifikasikan binatang, tidak kira di dalam hutan ataupun binatang peliharaan, sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang bernas. Sudah pasti “standard” kita akan jauh lebih teruk daripada mereka. Tetapi, mengapakah mereka disanjung sedemikian? Apakah manusia yang khas dicipta Tuhan selama ini sedang luntur akhlaknya ditelan arus pemodenan? Jawapannya, sekali lagi, tersirat dalam akar hati setiap insan.
Isu – isu politik memang telah menjadi induk pergaulan nusa negara ini. Entah kenapa, penduduk Malaysia suka atau gemar bergosip tentang hal – hal yang berlaku di dalam politik daripada berehat dan menghirup sejenak teh di kedai mamak. Hairannya, isu – isu ini menjadi pergaulan yang paling menggemparkan terutamanya kepada pemberita atau wartawan – wartawan. Apabila menjamu selera, isu – isu ini sering diungkap – ungkapkan tanpa mengenal henti. Soalan seperti, “Allah, bapa saya cakap kestabilan politik semakin menurun. Apa yang berlaku sebenarnya?” dan “Eh, saya tak suka ahli – ahli politik zaman sekarang lah! Apa ni?” sering ditanya – tanya dan disoal jawab semasa masa santai. Ada kalanya, individu akan membincangkan isu – isu “panas” ini kepada jirannya secara senyap ataupun semasa tidak ada satu pun kepala yang hadir di kawasan tersebut seperti bercakap siang pandang – pandang, bercakap malam dengar – dengar. Persoalannya, apakah yang telah kita lakukan yang menyebabkan benjana ini bangkit? Juga, apakah nasihat yang boleh diberikan supaya perkara ini dapat dikurangkan masalahnya?
Jika dibandingkan antara manusia biasa, iaitu kita yang bukan merupakan ahli politik dengan ahli politik yang ada sekarang, darjat kita seperti langit dan bumi. Dalam dunia atau lebih terperinci, dalam kawasan perumahan kita, pasti ada sekurang – kurangnya seorang jiran yang tidak lari daripada isu – isu semasa ini dan bermulut celopar seperti penyakit berjangkit yang akan menjangkit jirannya dengan membangkitkan isu – isu politik seperti pilihan raya. Hal ini boleh dan mampu mengakibatkan riuh – rendah dalam kawasan itu. Akibatnya, jiran kita itu mungkin akan dibenci oleh jiran -jirannya yang lain dan sedihnya, kehidupan jiran itu payah macam memelihara diri dalam sarang lebah. Sebagai satu nasihat, kita tidak perlulah untuk membangkitkan perkara ini kerana perkara tersebut langsung tidak ada kaitan dengan cara hidup kita. Jika kita tahu serba sedikit tentangnya, sudah cukup memadai. Sekurang – kurangnya, kita tidaklah diejek ketinggalan zaman. Ketinggalan zaman di sini membawa maksud ketinggalan masa, yang juga disampaikan kepada seseorang yang tidak “update” dengan isu – isu sekelilingnya. Bak kata pepatah, “seperti anjing bercawat ekor.”
Anak – anak muda dan remaja sekarang sedang hidup dalam dunia koperat iaitu dunia yang mengejar kemajuan teknologi dan ekonomi. Bersamaan dengan akitiviti ini, telah muncul suatu raksasa kecil yang hanya menggunakan alat perhubungan seperti jalan raya untuk memuaskan keseronokan. Raksasa yang dimaksudkan ialah Mat Rempit. Memandangkan teknologi semakin bertambah baik, raksasa ini telah menggunakan teknologi untuk mengubahsuai alat permainan mereka sehingga ke tahap yang memuaskan. Alat permainan ini bernama motosikal. Ya, motosikal merupakan satu alat perhubungan jalan raya yang penting sejak dari dulu lagi semasa Malaysia dikenali sebagai Tanah Merah. Tetapi, motosikal bagaikan permainan yang boleh diuji kehandalannya di arena perlumbaan Mat Rempit. Mat Rempit ini biasanya tidak mengenal mati walaupun telah berkali – kali terlibat dalam kemalangan jalan raya dan telah ditangkap.
Apabila dilepaskan, hanya terdapat satu perkara yang terlintas dalam akal fikirannya, iaitu perlumbaan. Arena perlumbaan Mat Rempit merupakan gelanggang menguji kehandalan yang haram daripada yang haram. Mereka bukannya ada lesen untuk membuat perlumbaan ini tetapi jika ditanya, kononnya mereka mendapat lesen atau kebenaran daripada seorang inspektor. Semuanya tipu belaka dan percayalah, suatu hari nanti, malapetaka ini akan mengorbankan banyak nyawa manusia yang tidak berdosa dalam dunia ini.
Kita juga perlu berhati – hati dan berjaga – jaga kerana Mat Rempit biasanya meragut beg tangan atau dompet kita. Mereka berbuat demikian kerana “ketagih” dengan peningkatan tahap kualiti permainan mereka dan bagi mereka ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Wanita – wanita dan perempuan di antara 11 tahun sehingga 25 tahun merupakan sasaran atau target yang ideal kerana golongan ini adalah golongan yang dikategorikan sebagai jenis penduduk negara yang lemah. Langkah drastik seperti menyediakan pondok kawalan di sesuatu tempat spesifik bersama – sama dengan beberapa polis dan polis jalan raya boleh membantu mencegah atau secara minimum, mengurangkan statistik peningkatan kes perlumbaan Mat Rempit. Kedatipun masalah ini dapat dikurangkan, tetapi masih terdapat segelintir remaja yang masih degil dan mengamalkan tradisi perlumbaan ini. Tabiat buruk ini sukar diubah melainkan seseorang ini sedang nazak, seperti pepatah Melayu, “rupa dapat diubah, tabiat dibawa mati.” Remaja atau anak – anak muda pasti merupakan resipi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai sistem pendidikan yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan sistem pendidikan negara yang lain. Mereka juga ialah tulang belakang Malaysia dan generasi hari ini yang akan meneraju negara pada masa akan datang serta mereka merupakan tonggak kejayaan Malaysia menjelang Wawasan 2020. Jika remaja masih meneruskan tabiat buruk ini, sia – sia kerajaan bersusah – payah mengeluarkan wang untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan Malaysia. Semuanya akan menjadi seperti mimpi yang tidak akan dicapai seperti pungguk rindu akan bulan.
Era kita tidak lagi seaman dan sebaik era nenek kita dulu. Dulu, kes jenayah seperti penculikan, penderaan, perogolan dan pembunuhan dipandang serius dan sesiapa yang terlibat salah satu daripada aktiviti tersebut akan dihukum gantung, iaitu hukuman yang paling berat pada zaman tersebut. Apakah yang telah terjadi dengan manusia yang telah diamanahkan oleh Tuhan untuk menjaga diri sendiri dan orang lain? Melakukan aktiviti ketidakperikemanusiaan dan berdosa? Adakah ini, ajaran agama dan disiplin masyarakat? Di manakah pesalah ini? Adakah ia hilang begitu sahaja? Sepandai – pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
“Bagai kumbang putus tali.” Sememangnya peribahasa ini sesuai dan tepat digunakan ke atas pesalah - pesalah seperti penculik, perogol dan pembunuh. Hal ini demikian kerana “haiwan” ini acap kali menghilangkan diri selepas melakukan kesilapan yang besar atau dari segi perspektif Tuhan iaitu berdosa. Nampaknya, kita boleh lihat dan telah jelas terpapar di atas expresi mereka bahawa individu ini muka tembok. Janganlah kita mudah percaya dengan kata – kata “hikmat” mereka atau tertipu dengan ukiran wajah mereka yang tiada tolok bandingannya. “Untung sabut timbul, untung batu tenggelam” juga merupakan pepatah Melayu yang ideal dengan nasib mereka yang tinggi dan rendah. Jika pesalah itu bernasib baik, maka dia dapat melepaskan diri dalam kehidupan lokapnya tetapi jika tidak, pesalah berkemungkinan dihukum dengan hukuman yang berat. Sebenarnya, apakah yang menyebabkan jawatan ‘pembunuh’ ini popular? Apakah yang menyebabkan tindakan manusia kebinatangan ini menular dalam negara kita?
Manusia kini lebih binasa daripada dahulu. Kita juga mendapat kejutan daripada kes Nurin yang didera dan dirogol serta dibunuh itu. Sememangnya, perogol dan pembunuh ini cukup bahaya kepada kanak – kanak yang masih dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun. Kes – kes yang jahanam ini lazimnya mempunyai kaitan dan digabungkan sehingga menjadi suatu perkara yang sangat memalukan sekiranya tersebar ke negara – negara lain. Perkara in terjadi apabila remaja atau kanak – kanak tidak mendengar atau mengingkari arahan dan nasihat orang tua mereka. Mereka sememangnya mengundang maut atau membawa diri ke dalam gelombang maut kerana tidak mengambil nasihat ini secara serius. Salah satu kesalahan yang terbesar golongan muda biasa lakukan ialah memandang enteng terhadap nasihat ibubapa dan berpendapat ibubapa mereka sudah tua. Jika ini yang kalian fikirkan, habislah masa depan negara kita. Walaubagaimanapun, pembunuh ini mampu mengaburi siasatan polis dan perhatian masyarakat. Pembunuh jenis ini memang sukar ditangkap dan mungkin akan hilang begitu sahaja secara misteri. Pembunuh ini sememangnya masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang lembu menguak. Baru – baru ini, kita digemparkan dengan satu lagi kes penculikan kanak – kanak, Sharlinie yang berusia 5 tahun. Sehingga sekarang, penculik dan kanak – kanak malang ini belum lagi dijumpai. Kita mestilah memasang mata untuk mencari dan cuba mengecam penculik ini dan laporkan kepada pihak polis. Selain itu, apakah inisiatif masyarakat untuk mengambil langkah yang logik dan drastik dalam membantu membendung isu – isu ini?
Sebagai manusia, kita perlulah sabar kerana sabar itu separuh daripada iman. Kadang – kadang kita juga perlu sanggup dan berani menghadapi fakta dan menerima takdir Tuhan atau kita haruslah percaya pada qadha dan qadar. Sebagai nusa negara Malaysia, kita patut menggembleng tenaga untuk mencari mangsa yang hilang. Natijahnya, pihak institusi kekeluargaan perlu mendidik anak – anak mereka sejak dari bangku sekolah lagi seperti melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Janganlah kita mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan khasnya kepada ibubapa dan kita janganlah buat sesuatu tanggungjawab seperti hangat – hangat tahi ayam kerana tindakan ini tidak membawa kita ke mana – mana dan tidak memberi sebarang makna dalam hidup. Marilah kita menjadikan negara Malaysia negara yang terunggul atau tersohor di dunia dengan mencapai tahap jenayah yang paling minimum dan seterusnya menjulang nama negara Malaysia sehingga ke persada antarabangsa bersamaan dengan visi dan misi serta berlandaskan objektif pencapaian Wawasan 2020.

Khas daripada,
Derrick Chan Yew Weng,
SMK Seri Bintang Utara.
(HAHA!!! HOPE YOU GUYZ LIKE IT!!! Well, use the points for your BM essay la...
I don't mind.)
.jpg)